Kemudahan Dan Penginapan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Nor Azam Che Lah   
Selasa, 06 November 2007 22:31
PROSEDUR TEMPAHAN

 
1.      Pihak  sekolah/para pelanggan  berbincang dengan pihak pengurusan Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur berkaitan:

 

·         Nama/jenis  program

·         Tarikh

·         Bilangan peserta mengikut jantina

·         Bilangan guru pengiring mengikut jantina

         Untuk tempahan makanan dan minuman, pihak sekolah/para pelanggan boleh menghubungi caterer/pembekal makanan di talian 03-40253957 ( Pandan Harmoni Katering)


2.    
Pihak sekolah/para pelanggan menghantar surat rasmi tempahan program kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sama ada melalui faks 03-40254491 atau dipos kepada:

 

      Pengarah Pelajaran

    Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Persiaran Duta, Off Jalan Duta

    50604, Kuala Lumpur

    (U.P-Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan)

        
3.      Pihak sekolah/para pelanggan akan mendapat surat  jawapan kelulusan tempahan daripada Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.


4.     
Perbincangan secara terperinci berkaitan tentatif program/aktiviti oleh pihak sekolah/para pelanggan dengan pihak pengurusan Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.


5.     
Perbincangan tentang pengurusan makan minum perlulah dibuat secara jelas dan terperinci berkaitan menu dan bayaran yang dikenakan.(merujuk kepada persetujuan bersama)


6.     
Setiap sekolah diberi hanya sekali peluang menempah premis Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada sekolah-sekolah lain.


7.     
Pihak pengurusan Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur berhak membatalkan tempahan yang telah diluluskan sekiranya tarikh tersebut melibatkan program Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan program Kementerian Pelajaran Malaysia.


8.     
Pengurusan Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur  akan memaklumkan mengenai sebarang pembatalan atau penundaan program yang dipohon kepada sekolah atau agensi berkenaan.

 

9.       Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan:


                        Untuk Perhatian    :  En Syaiful Amri Bin Abdullah

·         TEL                 : 03-40253933/03-40231045

·         FAX                 : 03-40254491

 

 


Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 11 Februari 2008 20:02
 
Selasa, 07. September 2010

Design by: LernVid.com