| Ekspedisi Pendidikan Luar (Cabaran Mutiara) |
|
|
|
| Ditulis oleh admin |
| Sabtu, 14 Julai 2007 01:12 |
![]() Kontinjen dari Kuala Lumpur diketuai oleh En. Mohd Fauzli bin Ab. Latif dan di bantu oleh Cik Nursyarijah bt Mamat dan diwakili oleh 8 orang pelajar tingkatan empat dari sekitar Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang dijalankan ialah berkayak, berbasikal, mendaki, pertandingan orienteering dan pertandingan Extreme Challenge. Dalam aktiviti berkayak, peserta didedahkan dengan ternakan ikan sangkar di perairan Pulau Aman, manakala dalam aktiviti berbasikal pelajar didedahkan dengan suasana kehidupan masyarakat kampung di Homestay Mengkuang Titi. Di Kampung Mengkuang Titi peserta didedahkan mengenai cara membuat kuih bahulu. Aktiviti Extreme Challenge juga diadakan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta dalam menghadapi cabaran lasak yang telah disediakan. Peserta juga dibawa melawat ke beberapa kawasan menarik di Pulau Pinang seperti Bukit Bendera, Padang Kota Lama dan banyak lagi. Majlis penutup Ekspedisi ini telah ditutup dengan rasminya oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Saad ( Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang) dimana dalam majlis itu Kontinjen Kuala Lumpur telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan orienteering dan kebudayaan. |
| Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 16 Julai 2007 18:49 |



